06
Feb
10

0502; 00:00

Assalamualaikum.

Sya pun tak pasti.

Entah.

kadang-kadang kita meminta lebih dari yang sepatutnya.

Kita lupa.

Kita abaikan terlalu banyak.

Kerna tamak kita.

Kerna haloba kita.

Kerna itu semua kita tak ambil berat.

Kita lupa.

Kita abaikan.

Akhirnya semuanya semakin menjauh.

Semakin menyepi.

Semakin diam.

Namun…

Jika kita cuba ubah.

Mungkin ini semua boleh diperbaiki.

Apa patut saya buat?

Saya tanya berulang kali.

Apa patut saya buat?

Saya dalam dilema.

Susah menjawab soalan yang dilontar sendiri.

Pabila jadi begini.

Saya harap untuk lari jauh.

Pergi jauh.

Hirup udara baru.

Tapi sayang saya kuat di sini.

Tak betah kaki berlalu pergi.

Tak mahu ditinggalkan.

Tak mahu meninggalkan.

Entah…

Perlu bangun sendiri kali ini.

Yang lain sudah lelah memberi nasihat.

Sudah harus bijak melangkah.

Di kala usia 23.

Tepat jam 00:00, saya langkah keluar. Menuruni tangga. Saya menuju ke bangku kosong di belakang. Saya pilih bangku yang terlindung dari cahaya. Saya duduk. Saya buang pandang ke langit. Saya tinjau bintang-bintang. Bintang yang samakah 23 tahun lalu? Bintang yang samakah setiap tahun?  Saya sedar saya telah menjadi kurang peka. Terlalu penting diri sendiri. Saya sandarkan dagu di lutut. Memandang tanah. Tanah kelihatan gelap. Tanpa lampu menyuluh. Selama saya dalam gelap, selalu saja ada tangan yang menghulur bantuan. Terfikir saya pernahkah saya ucap terima kasih. Saya donggak kepala. Apa patut saya buat? Saya rendahkan badan. Berbaring memandang langit. Tiba-tiba segalanya kabur. Saya sudah 23. Pernahkah saya bersyukur untuk semua yang indah ini? Saya usap air jernih dan segalanya kelihatan jelas lagi. Pernahkah saya bersyukur kerna mata yang mampu melihat ini? Saya mencecah 23 tapi masih keanak-anakan dalam banyak perkara. Saya takut saya kehilangan lebih banyak jika saya tak segera dewasakan minda saya. Saya takut……. dan itu yang saya rasakan di kala saya 23.

Maafkan segala kekhilafan diri ini. Maafkan ketelanjuran saya. Maafkan segala yang pernah saya sesali. Maafkan segala kekurangan saya. Maafkan saya dari segala segi. Maafkan Su Natasha. Maaf….

06
Feb
10

surat cinta

Assalamualaikum & Selamat Hari Lahir  :))

Pernah dapat surat cinta? Pernah? Alaaa.. surat yang wangi-wangi je bau bedak, yang ayat dia bunga-bunga habis; pernah ke? Eh, saya tanya awak-lah, pusing kiri kanan pula.  :)

Saya tak pernah dapat surat cinta, rasanya laa.. hehe… Tapi.. tapi, saya pernah tulis surat cinta, bukan untuk orang yang saya minat, tapi mewakili kawan saya kepada orang yang saya rasakan dia minati. Hahahaa.. Kiranya ejen jodoh laa ni. Kisah sewaktu usia saya 12tahun ni sehingga sekarang kalau saya ulang tayang balik pasti membuatkan saya dan Kakcik terbahak-bahak ketawa. Nakal kami sewaktu kecil. Hehee..

Hmm.. tiba-tiba saja saya ungkitkan pasal surat cinta ni sebab ada cerita saya hendak kongsi. Adik saya yang kedua akhir tu- Luqman Huzaifah dapat surat cinta. Hangat benar cerita ni di rumah. Semua dah gelak-gelak pabila Ibu mengukit cerita. :D

Selepas bersoal-soal dengan Man, akhirnya dia mengaku, nama gadis itu Nurul Ain. Apalagi, lebih besar ketawa saya. Ain yang ada di rumah (penyibuk, hee) turut ketawa sekali. Kata Ain: “Alamak, kantoi laa kak yang kasik surat tu”

Hahhahaa :D :D

Kemudian saya tanya lagi Man, “Dia tulis apa Man?”

Kata Man: “Nak berkenalan boleh?”

Saya gelak dan gelak lagi. Hahahhaa… Kemudian Man balas tak surat dia. Man jawab belum lagi tapi dia akan balas. Saya pun fikir, dalam malu-malu ada hati juga nak balas surat tu. Hehhee… “Man nak balas apa..?”

Man jawab “Tak boleh!”

Hahhahahaa.. alih-alih itu yang dia jawab. Saya ingatkan dia nak tanya kenapa gadis ni nak berkenalan dengan dia ke atau apa sajalah. Sekali terus ditolak gadis ini.

Apapun, mungkin itu lebih baik memandangkan Man baru sahaja menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah. Muda lagi. Masih jauh perjalanan hidup dia.

Tetapi bercerita tentang surat cinta ni, membawa saya pada memori di Aalen. Seorang senior penah bangkitkan isu ini dan yang paling panjang huraian tentang surat cinta ni ialah Hanafi Jaafar. Akhirnya dia kini sudah bertunang dengan kekasih hatinya. Sekadar selingan saya ingin ucapkan TAHNIAH!!

Oh..tolong jangan anjukan soalan itu pada saya. Kaget saya bila Ibu bertanya macam itu. Terhenti senyuman. Err.. sungguh saya tiada jawapan pabila ramai bertanya tentang status diri saya kini, sama ada sudah berpunya atau masih sendirian? Alamak! Saya tiada peneranganlah untuk status ’single’ saya. Belum rezeki. Nanti-nanti sampailah tu ;)

Apapun, saya hanya  mahu selitkan ribuan terima kasih atas doa dan kata-kata selamat sempena hari lahir saya ke 23. Saya tiada niat untuk buat entri khas tentang ini. Pada saya, angka 23 punya makna yang mendalam. Hmm.. tiba-tiba terasa hendak pula publish satu entri tentang hari lahir saya. Hmmm… tapi bukan malam ini. Saya masih ada nota yang perlu di telaah. Saya undur diri dulu.

Wassalam.

P/s: Bukankah bulan Feb terkenal sebagai bulan kekasih? Walaupun tak menyambutnya tapi mungkin mendorong saya menulis entri tentang surat cinta ini. ;)

04
Feb
10

neu!

Assalamualaikum and guten Tag!

Wie geht’s? Lama tak berbahasa Deutsch, saya sudah lupa sebenarnya… Tiiiidaaaaaakkkk!! Neeeeiiiinnn!!! Huhuu… Kann nicht! 2x. Sedih pula rasa bila jemari tidak senang lagi dengan huruf-huruf umlaut ini. Saya perlu mencari buku German saya kembali. Harus kembali ke laman Aufgaben segera! Huhuu..

O,Ja! Saya telah bertukar ke nombor baru. Bukan Maxis lagi tapi kini ke Celcom U-Pax. Simcard Maxis tidak berfungsi tanpa sebab. Malas saya hendak tukar ke sim baru sedangkan Celcom sedang buat promosi lebaih baik. Lagipun, simcard Maxis rosak tanpa sebab dan tiada pula customer service untuk itu. Sebagai pelanggan saya terkilan. Kerna itu saya beralih arah. No offense!

Andai ada rakan-rakan yang mahukan nombor baru saya, email saya.

Okey, nanti saya celoteh lagi. Saya rasa mungkin esok ada entri baru, InsyaAllah.. Hee~~ Tunggguuuuu…

Wassalam.

p/s: Yang dapat tawaran ke Taiping.Tahniah!  Sangat sayang dengan Yang! hehee~  :D :D

27
Jan
10

saya teringin…

Assalamualaikum…

Saya teringin laa…

Teringin nak makan roti hi-5 tapi…

tiba-tiba teringat pasal isu yang pernah kecoh dulu, saya pun mencari kepastian.

Menggali maklumat.

Dan ini yang saya peroleh: http://www.silverbird.com.my/news.php?page=2

===================

Saya teringin laa….

Teringin untuk faham konsep perakaunan.

Saya terlalu buntu…

Nota rasa seperti tidak lengkap.

Buku tiada untuk dirujuk.

Guru… hurm, saya tiada komen.

Apa yang pasti, kerna adanya perakaunan,

target untuk semester ini semakin jauh.

Sudah berkali tugasan (assignment) yang dihantar semuanya salah.

Tidak seimbanglah.

Bukan column ini.

Sepatutnya begini.

Tiada spesifikasi.

Saya menjadi pembenci.

Tapi, saya perlu hipokrit, pura-pura suka.

Pura-pura berminat pada subjek ini.

Demi target saya.

Saya benci jadi hipokrit.

Akhirnya, saya membenci diri kerna kebencian pada hipokrit kerna perlu hipokrit pada subjek yang dibenci.

=======================

Saya teringin laa…

Menjadi seorang yang wang tidak menjadi penghalang.

==================

Saya teringin laa…

Saya teringin.

Tapi keinginan ini hanya sekadar ’saya teringin’.

Huh!

26
Jan
10

a part of…

Assalamualaikum….

Lama sangat tidak mencoret di sini. Harap-harap kekangan masa ini tidak lagi menjauhkan saya dengan rumah saya. Saya ingin berkongsi tentang cerita terbaru saya pada sekitar minggu lepas.

Sketsa pertama:

APA?? PIDAAATOOO…???, Tapii… mana saya tahu sir…

…..Kalau kamu nak tolak, kena cakap sendiri dengan dean.

Dalam hati: DEAN?? tak der harapanlaaa nampaknya… sob sob sob.

Sketsa kedua:

Tajuk ape nak pilih neh??? Hurmm.. “Ain..Izzah, saya nak pilih tajuk apa erk?”

“Tajuk ni..? Macam mudah ja skit….”

“Hurm.. okey kot… Macam boleh hurai dengan panjang jaa.. Hurai setiap isilah…”

Sketsa ketiga:

Alamak! Saya jer tahun 4. Ish.. biar betul?

“Kak su! Kak su kan ni? Kakak Dzar? MPP kan dlu?” (saya: angguk, senyum)

Dalam hati: Ini yang saya tak suka ni, orang kenal saya tapi saya tak kenal lak orang.. Aduhai.. Tak baik sugguh!! >_<!!

Sketsa keempat:

Tahniah kak Su! Tahniah Su!

Hah! The whole sketsa thingy was confusing rite? I thought so.. :) It was a part of what happen last weekend. Being a part of Pertandingan Pidato Piala Naib Cancelor was fun although I would never thought I’ll make it to final. Although I didn’t get enuf sleep. Slept at 3am and woke up at 6.30am was tiring yet there  something I valued. Being a part of the team make me realize something, I’ve been away from the university for quite sometime. No more visiting the HEPA, my apology. No more participating and supporting university’s program, I’m truly sorry. No more communication skill and so on, my bad. Huuuh! Sometimes Allah gave us something, although in the beginning it seem so hard to cope with, so little time to prepared and so on, but in the end He makes me realize how much I’ve been missing, being invisible just because I-got-project-to-catch-up, just because I-got-homework-to-do..  Just how much I have lost in a year. O,dear! A year!! My God!!!

Thank you goodness Gracious Allah for making me a part of who I am again. Alhamdulillah.

My promise: Will try my best to visit everyone before I leave this place. InsyaAllah. I’ll try my very best to squeeze time. I will try…. :) :)

09
Jan
10

Jom Balik Kampung!!

Assalamualaikum dan jom balik kampung!

Hah! Betoool, jom! Jom balik kampung… Hehehe… Sebenarnya saya nak bercerita tentang ekspedisi saya dan kawan-kawan pulang ke kampung. Bukan kampung saya, bukan kampung Ain tapi kampung Izzah! Dah lama cerita balik kampung ini sebenarnya tapi selepas pulang dari Kelantan dan Terengganu, saya tak sihat. Tambah lagi ada mid-viva final project dan EXAM jerman.

Sebenarnya sejak dari tahun satu lagi, Izzah sudah mengajak kami ke rumahnya di Kelantan. Namun kesempatan itu tak pernah tiba, sehinggalah di tahun 4 semester lepas. Memandangkan sudah lama sangat kami menangguhkan agenda kami ini, akhirnya kami bertekad, usai saja peperiksaan Artificial Intelligence, kami akan ke Kelantan dan Terengganu.

Walaupun, pada masa itu, saya masih punya peperiksaan yang hendak diduduki tapi saya tetap tak berganjak dari keputusan yang telah kami sebulat suara ambil.

Keseronokan kami terjelas sejak tiket bas Mutiara dibeli 3-4 hari sebelum itu lagi. Walaupun hati berdebar-debar dengan kertas Dr.Paul tapi itu tak menghalang rasa teruja pabila setiap pagi bangun dan menghitung hanya tinggal beberapa hari saja lagi menjelang tarikh: 13/11/2009. Rasa ‘excitin’ ini semakin menambah pabila jarum jam semakin menginjak ke jam 9malam itu. Waktu dimana bas dijadualkan bergerak. Saat bergerak aja bas…

WAH, SEROOONOOOKNYYA!! Hilang terasa sebentar segala sakit kepala berjuang berhempas pulas dalam peperiksaan pagi itu.

Sepanjang dalam bas, kami hanya tidur. Mengumpul sebanyak tenaga untuk aktiviti esoknya. Kami tiba awal pagi itu. Bangunan pertama yang menarik minat saya: Taa Yaa Siin Kaf Wau —> TESCO, hehee.. terkekok-kekok saya mengeja membuatkan Izzah berderai gelak. ~~~ヾ(^∇^)

Terima kasih kepada abg Izzah menjemput kami sedang kabus masih lagi menyelimut bumi. Selesai solat Subuh, kami rehatkan badan dan jam 10pagi 14/11 kami mulakan jelajah kami.

Hari.1: Kelantan! Yahoooooooooo….

Mama Izzah bawakan kami ke tempat menjual kuih-muih yang paling sedap katanya. Apalagi dicari kalau bukan akok. Kali pertama merasainya sewaktu program anak angkat di Jeli, membuatkan saya tak pernah lupa kuih bulat comel ini. Akhirnya terubat jua rindu deria rasa saya terhadap akok! (*≧▽≦) Saya dah macamnya orang kempunan gitu. Hehee…

Kami dikenalkan dengan kuih-kuih baru juga: Bunga tanjung dan jala emas. Mulanya saya mencari-cari juga kuah daging untuk dicicah bersama jala emas tapi rupanya saya silap kerna jala emas dah siap disira gula. \(^ ^)/ Rupa aja serupa tapi tak sama. ;) Dan..kami juga membeli murtabak Raja. Menurut Mama Izzah, murtabak itu dipanggil sedemikian kerna saiznya yang besar. Saya rasa, pagi itu banyak makanan diraja saya cuba…. R-O-Y-A-L-T-Y!! Hikhik :D

Izzah memandu di depan, Kami makan di belakang. Terima kasih kepada Mr. Photographer: Jumi.

Izzah memandu ke Kampung Laut. Kami pula melayari alam mimpi. :D Apalagi yang hendak dibuat jikalau perut sudah kenyang, tidoor saja.. Hahahaa….

Kami menuju ke kawasan yang terkenal dengan pembuatan serunding. Bersesuaian dengan namanya: Kampung Laut, kawasan perkampungan ini dikelilingi air masin. Nyaman saja udara di luar. Seronok menghirup bau laut. Langit juga biru laut. Senyum saja saya melihat pemandangan sekitaran.

Saat kami tiba ke tempat pembuatan serunding yang dimaksudkan, saya lihat masih jelas kesan-kesan lumpur lecah akibat banjir yang melanda. Dan akibat banjir, hanya serunding daging tempatan saja yang ‘available’. Saya mohon kebenaran dari pemilik kedai serunding ini untuk melihat tempat serunding dihasilkan. Barulah saya tahu rupanya daging-daging dimasak menggunakan kayu api untuk mengekalkan keaslian rasa serunding yang dihasilkan. Seronok kak pemilik itu bercerita kepada kami =)

Seterusnya, pedal minyak kereta bergerak ke Tumpat. Sebagai pembuka selera membeli-belah mungkin. Tiada apa yang kami beli, hanya meninjau-ninjau terlebih dahulu. Akhirnya kami nikmati cendol-pulut-tapai-ubi :D Memang panjang namanya, sesuailah dengan isinya yang banyak. Saya hanya berkongsi dengan Ain. Kenyang memakan kuih-kuih tadi masih terasa :P

Pulang ke rumah Izzah untuk menghantar mamanya dan kami pula bergerak ke PCB: Pantai Cahaya Bulan. Kami tak punya agenda spesifik, cuma sekadar ingin menikmati angin petang dan melihat matahari terbenam. Sepanjang perjalanan ke sana, banyak kedai menggantungkan kain-kain batik pantai yang cantik sekali coraknya. Ada yang dilukis sendiri dan ada juga batik cop. Pastinya harga batik yang dilukis tangan itu lebih tinggi. Dan kami juga perhatikan banyak gerai-gerai kecil yang menjual jagung rebus. Kami tak ketinggalan membeli :) :)

Malamnya, usai solat jamak Maghrib-Isya’, kami bergerak menuju ke Food Village di Pengakalan Chempa untuk menikmati Chum-Chum. Apa itu chum-chum? Hah! Saya sendiri pun tak tahu apa mendanya chum-chum ni asalnya. Rupa-rupanya chum-chum ni steamboat dan BBQ gabung skali. TERIMA KASIH banyak-banyak kepada abg Izzah kerna membelanja kami makan. Seorang rm13.50 tu.. Nikmatnya makan tiada terhingga. Sepuasnya kami makan sehingga tiada lagi ruang yang boleh di isi. Burrrp! Alhamdulillah… hehe ♪~♪ d(⌒o⌒)b♪~♪

Chum-chum
steamboat + BBQ
operasi bermula!
Muna && Ya
laksa lemak

Malam itu kami tidur nyenyak!

Hari.2: Terengganu… yeay!!

Perjalanan bermula seawal pagi… Well, agak awal lah bagi kami. 7.30pagi kami sudah di dalam perut kereta, dan macam biasa pilot kami ialah Izzah. Co-pilot pula —> Mama Izzah! Hehehe… Tapi hari tu ‘GPS’ sedikit terganggu menyebabkan kami tersesat ke Pasir Putih. ;) Kami tiba di Kuala Terengganu pada sekitar jam 10pagi. Dan sekali lagi, saya disambut dengan air biru laut, langit laut, dan udara laut. Wah!! Sukaanyaa… Pantai di Terengganu sedikit berbeza dari di Kelantan. Pasir di sini rata-ratanya putih dan tidak coklat keemasan seperti di PCB.

Di Terengganu, pilot berubah. Jumi ambil alih. Yerlah, kampung sendiri, pastinya lebih arif :) Kami ke kawasan membuat keropok lekor, bukan di Losong tapi di Seberang Takir. Kami lebih gemar kopok di sini banding di Losong. :)

Kami di bawa ke Restoran Selera Timur. Tujuan asal mencari nasi dagang, tapi malangnya tiada rezeki kami. Saat itu ada suara-suara berkata: “Kena datang lagi ni lain kali…” Hahaha… alasan saja =) Saya dan Ain mencuba sesuatu yang baru. Saya tak pasti apa namanya tapi makanan itu ialah sotong yang disumbat dengan pulut dan bersos agak manis. Apa yang lucu ialah, kami makan sotong ini dengan nasi. Tiba di suapan terakhir, tiba-tiba Mama Izzah kata:         ” Itu sebenarnya dessert, makan lepas dah selesai makan nasi..” Apa lagi, gelak besarlah kami. Nampak sangat kami ni pelancong. Makan pun sudah salah!! Hahahhahahahaaa… Patutlah pelik bebenor rasanya makan benda manis ni ngan nasi.. Hahaha, tapi kami berjaya juga telan sampai habis….. ( ̄ ̄∇ ̄ ̄)

sotong sumbat!

Destinasi seterusnya:

Masjid Kristal

Cantik rumah Allah ni… MasyaAllah. Suka saya tengok refleksi kubah-kubah masjid terpantul antara kristal-kristal ini :)

Kemudian, kami menderu ke Pasar Payang… Yeay!! Shoooooooping tyme! Pasar Payang terkenal dengan hasil tenunan kain songket dan lukisan kain batik yang halus seninya. Kagum saya dengan berjela-jela kain batik yang di peragakan. Cantik semuanya, sehingga sukar untuk membuat pilihan :D Rambang mata di Pasar Payang belum lagi habis, kami kemudiannya bergerak ke Bangunan Desa Murni. Di sini banyak pilihan tudung-tudung menarik yang dijual. Ya, Allah dah bukan setakat menjuling ni. Menghijau mata rasanya..hehe Memang ternyata banyak sangat pilihan tudung. Dari yang bermanik, berbunga sulam, berbiku, beralun, dari bawal, selendang sehinggalah kepada tudung Syria. Semuanya ada di sini.

Lewat petang itu barulah kami bergerak pulang ke Kelantan. Pemandangan laut sekali lagi menghantar saya pergi. Sukanya saya pada laut. Moga-moga suatu hari nanti impian saya untuk miliki rumah idaman berhampiran laut dapat tercapai, Aamiin.

Semua fikir kami sudah lelah?? Hah! Malam itu, Izzah pandu kami semua ke Bazzar Wakaf Che Yeh pula.. Episod beli-membeli ni tidak mematahkan semangat kami.. Hahahaha~~

Wakaf Che Yeh

Seronok membeli tudung, membeli tas-tangan,makan bahulu akok sehingga kami lupa masa telah menginjak menghampiri lewat malam. Kami pulang dan berehat untuk agenda esok pagi pula!

Hari.3: Kelantan smula! Muahahahaaa…. :D

Pagi itu, selepas sarapan di rumah Izzah, kereta Waja milik ayahnya menderu lagi. Kali ini, kami bersiar-siar di sekitar Kelantan. ‘Sight-seeing’ gitu. Kemudian menghala ke Pasar Siti Khadijah dan Pasar MPKB. Makan dan membeli belah lagi. Kami singgah di KB Mall pula selepas itu. Sehingga lewat petang barulah kami pulang. Itupun untuk mengambil Mama Izzah dan anak-anak saudaranya: Muna, Ya dan Iskandar untuk pergi membeli nasi kerabu.

Seharian suntuk mengisi perut dengan pelbagai jenis makanan. Sate Ikan, Cakuey Manis dan Nasi Kerabu. Smuanya sedap, smuanya indah.. Terasa seolah di ‘food paradise’. Kata Izzah, Kelatan memang banyak makanan. Syurga makanan gitu. Itupun masih banyak yang belum saya rasai. Kena datang lagi ni… Yeay! Ada alasan…Hahhahaaa….

Malamnya kami tidak kemana. Hanya berehat secukupnya untuk perjalanan esok yang lebih panjang.

Hari.4: Perlis… aloooh,, xsyiiioook…. huhuuu !_!

Kami pulang dahulu tanpa Izzah. Kerna ada urusan FYP yang memerlukan komitmen kami di sana. Saya bawa pulang sebungkus lagi akok. Heheee… Kuih ini sudah masuk ‘favourite list’ saya :D

Tamatlah sudah ekspedisi ‘Jom Balik Kampung’ kami. Konklusi seluruh perjalanan kami:  Rating 5 STAR!! InsyaAllah ada rezeki akan saya jejakan kaki lagi ke sana.

Wassalam.

———————————

This entry has been written by Su Natasha in effort of 4-5 hours including photo editing. Thank you to Ms Ain for her willingness to borrow me her camera during the whole journey. Thank you to Mek Izzah and her family for  the great hospitality. Thank you to En.Jumi for being patience to shop with us!~

05
Jan
10

Lec.Note

Assalamualaikum,

Ini saja yang berkesempatan di kala waktu ketika ini. Maaf! Maaf! Ada banyak cerita menarik berkisar di sekitar saya. Kisah kapal stim, kisah ‘cinta’ baru.. kisah yg lama-lama dlu pun masih terbengkalai.. Nnt InsyaAllah da rezeki saya bercerita secepat mungkin =)

Apa pun, saya nak cuba buat ’sumthin’ yg baru ni. Saya nak cuba upload nota. Untuk panduan semua student Biomed yg ambil Biochem. Harap-harap boleh… CLICK HERE

Nota Jurutera Dalam Masyarakat, CLICK HERE

Wassalam dulu, jumpa nanti ye =)

sumber: Portal UniMAP.

20
Dec
09

melalui tingkap saya =’)

Bunkface – Through My Window Lyrics


Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it’s just another day
Telling me why, I’ll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me, me are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me

Me and you, And we are not alone
Different view, We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Can’t exist like this anymore

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now

Through my window, I can see there’s
More than you and more than me

Now there’s me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real

Note: Wanting to add diz lyric on since long tyme ago, now manage to do so~~ cute cute d[^^,]b

Salam sayang,

20
Dec
09

p.S:

aSsLamUaLaiKuM…

I’ve watched P.S:I Love You again! I watched before, and I watch again tonite. It wasn’t on purpose actually. I forgot I did watched before until at the last scene. Funny eh? Well, I lose memory sometimes… Ha-ha-ha..

I remember now, the firs time I watch it, I cried. Not that baby cried, but it was…well.. a cry. Geez!~

But.. I didn’t cry on the second time round. I didn’t. Really. But, it touch me deeper than before. It hurt me harder than before. I think I’ve just fall in luv. THE END. Wassalam.

p.S: I fall for you since the very first time

Salam sayang,

19
Dec
09

SEA

Assalamualaikum.

Lama saya tidak baca berita on9, maklumlah pulang ke rumah arwah nenek minggu lepas. Malas saya nak angkut broadband merincit-rincit tu, jadi baru sekaranglah dapat lihat preview gambar-gambar sepanjang Sukan SEA di Laos. Seronok mendengar pasukan bolasepak Malaysia menang pingat emas. Saya bukanlah penyokong bolasepak, tak kira tempatan atau luar negara. Memang bukan minat saya. Lagipun, mungkin kerna saya tak faham sangat dengan aturan permainan. Yang saya tahu, sekumpulan orang mengejar bola, dan untuk menang pastikan bola disepak dengan baik ke dalam gol, dan berharaplah yang penjaga gol tak berjaya menahan bola itu. Itu jer yang saya tahu tengtang bolasepak. Namun, mendengarkan tentang kemenangan Malaysia, saya tumpang gembira. Dengar-dengar, Malaysia berharap agak ‘Team Bolasepak Msia’ akan dapat masuk World Cup by 2012. Satu target yang tinggi, namun tidak mustahil kalau kesugguhan tu ada. Syabas dan Semoga Berjaya kepada pasukan bolasepak Malaysia. ;)

>>Congratulation<<

Keputusan PMR akan diumumkan Khamis akan datang ini. Doa saya kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3, semoga mendapat apa yang dicitakan. Adik saya juga bakal mengambil keputusannya. Berdebar-debar juga saya. Harap-harap rezeki di pihaknya. <3 :) <3

GooDLucK

Registration course untuk sesi 2010 akan bermula 21Disember ini sehingga 9Januari. Jangan terlewat mendaftar kawan-kawan, nanti kena denda.

Semester depan adalah semester terakhir saya. Wah! Seronoknya! Tak sabar hendak bergelar graduasi. Walaupun, saya pasti 100% saya akan rindu semua yang pernah melintas dalam sejarah hidup saya sepanjang saya berada di UniMAP, namun saya juga tak sabar nak tempuh pengalaman baru. Hurm, teringat yang resume saya masih terbengkalai..aduuss..! Borang SLAB dan KPT masih belum diisi habis. Saya terfikir, wajar tidak untuk saya apply di TV3? Hahhahaaa.. :D Mungkin ada yang akan terkejut tapi buat teman-teman rapat, mereka pasti tahu apa puncanya saya berkata demikian. Doa-doa moga saya dapat lepas semester terakhir dengan baik, dan TIDAK MENGANGGUR!! Tak kisah sambung belajar atau bekerja, saya berharap sangat dapat buat sesuatu selain hanya bertapuk di rumah. Owh,tidak!! Harap-harap tak…

Nitemare!!

Okey, sambung nanti. Saya hendak bercerita macam-macam lagi. Tentang kisah W4B, tentang sesi memasak, tentang kursus..etc,etc,etc,usw,usw,…usw…. Saya harap saya punya masa lebih panjang untuk bercerita semua itu. Mungkin entri-entri ini akan tergendala agak lama tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk pastikan ianya di pos.

Wassalam.